21 Disember 2011

‘Niat niat sebesar zarah untuk sertai Umno’

25 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Dis: “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).

“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.

“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.

Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi.

Harakah Daily

2 ulasan:

aja49 berkata...

Saya rasa telah berjaya UMNO memerangkap PAS supaya terjadi persengketaan dalam parti yang melibatkan pemimpin2 tertinggi PAS supaya bila tercetus isu sebegini dengan mudah musuh PAS boleh main dan meletakkan PAS dalam satu keadaan yang mudah dilhat oleh umum bahawa PAS tidak boleh menang PRU akan datang. Dalam keadaan huru hara dan tuduh menuduh maka strategi perancangan menghadapi PRU boleh terjejas dengan teruk mengakibatkan PAS tidak boleh menambah kerusi dun & parlimen seperti yang diharap2kan.

Tanpa Nama berkata...

No, no, no...penyokong Pas sudah dapat bmengenal hati budi kamu Din. kamu seorang yang menyertai Pas ketika Pas telah kuat. Dan kamu ibarat pejuang-pejuang di bukit Uhud yg mengabaikan perintah nabi, turun mengejar kebendaan hingga menyebabkan kekalahan. kamu tidak pernah mengalami kesakitan spt Mat Sabu dan Mahfuz yg pernah disumbat ke dalam penjara melalui ISA. Yang kau ada cuma bin Isa. Diharap pas tidak mencalonkan kau dalam PRU 13. Kau akan kalah jika dicalon dan pas rugi 1 kerusi.