21 Disember 2011

Nicol terima hadiah RM50,000 dari PBA P Pinang

25 Muharram 1433H. [MOD] -

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis khas malam tadi.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan penghargaan kepada atlet yang mengukir nama di peringkat global.

nicol david squashNicol dalam ucapannya berkata, dengan penghargaan hadiah seumpama itu, beliau berharap lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan dari Pulau Pinang.

"Dengan adanya pelbagai program pembangunan sukan, adalah diharapkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berpotensi dapat diketengahkan," katanya.

Beliau yang mempertahankan gelaran juara dunia sebanyak enam kali dijadual berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi meneruskan sesi latihan intensifnya selepas perayaan Krismas ini.

- Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengiktirafan anak Malaysia oleh Kerajaan PR Penang. Mana dia sumbangan dari Kerajaan Pusat ?

Mr. Msh berkata...

saya tidak nampak anugerah rm 50 ribu kepada Nicole memberi manfaat yang besar kepada rakyat di negeri Pulau Pinang. Saya tidak berniat menafikan kehebatan jaguh squash negara ini. Sumbangan dari PBA PP sepatutnya disalurkan kepada yang lebih memerlukan.Sekadar memberi pandangan. Senang cakap macam nilah.. Banyak dah duit Nicole...

Tanpa Nama berkata...

bukan saja jaguh dunia tetapi cara beliau menunjukkan kematangan dalam memberikan kata2 tanpa mahu menjatuhkan air muka seseorang. Memang patut pun beliau dijadikan contoh..