05 Disember 2011

Taman Awam Miri perlu dinaiktaraf

9 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI - Taman Awam Miri terletak di atas bukit kira-kira 3 km dari pusat bandar di sepanjang Jalan Miri-Bintulu. Terdapat taman-taman flora, platform pemerhatian, taman permainan kanak-kanak, bilik pameran, ukiran batu dan arca, air terjun, jambatan gantung, air pancut, trek jogging dan lain-lain kemudahan sukan. Terdapat juga taman permainan atau kolam air untuk kanak-kanak.

Taman permainan kanak-kanak yang moden sering mempunyai peralatan rekreasi seperti jongkang-jongket, merry-go-round, swing set, slaid, chin-bar, kotak pasir, bar monyet, tangga overhead, playhouses dan sebagainya. Ini akan membantu kanak-kanak membangunkan koordinasi fizikal, kekuatan dan fleksibiliti serta menyediakan rekreasi dan keseronokan.

Taman permainan juga perlu mempunyai kemudahan-kemudahan untuk bermain tidak formal
untuk sukan dewasa, seperti besbol, arena luncur dan gelanggang bola keranjang dan sebagainya untuk menarik lebih ramai lagi pelawat datang ke Taman Awan Miri.

Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM) adalah keselamatan keatas taman permainan kanak-kanak kecil yang berumur 3 – 6 tahun yang terlalu aktif bermain samada dalam kolam air permainan dan juga tempat permainan awam. Keselamatan taman permainan kanak-kanak perlu diambil kira memandangkan sekarang kebanyakan peralatan yang digunakan adalah daripada besi atau keluli. Taman permainan dengan peralatan tersebut boleh mencederakan kanak-kanak yang suka berlari-lari dan mungkin terjatuh akibat tergelincir dan sebagainya.

Strategi pencegahan

Sebelum suatu perkara yang tidak diingini terjadi, kita hendaklah mencegah dari awal kerana kita tidak mahu kanak-kanak kecil jadi mangsa akibat kecuaian dan taman permainan kanak-kanak yang tidak begitu selamat digunakan. Peralatan yang menggunakan bahan dari besi atau keluli amat merbahaya terhadap kanak-kanak kecil, usaha pencegahan perlu dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan kanak-kanak terjatuh dan mengalami kecederaan yang teruk jika kanak-kanak itu terjatuh di tempat permainan tersebut. Perkara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

• mengurangkan ketinggian pada peralatan dari kejatuhan maksimum terutamanya dengan mengurangkan ketinggian keseluruhan dengan apa-apa jua yang kanak-kanak mungkin memanjat atau;

• mengurangkan kemungkinan jatuh dari peralatan yang di buat dari bahan besi melalui halangan-halangan, tidak menggalakkan pendakian, dan menjadikan permukaan atas tidak selesa atau tidak selesa untuk memanjat atau duduk diatasnya;

• memasang permukaan yang lebih fleksibel dibawah dan sekitar peralatan mainan dengan bahan plastik supaya kanak-kanak yang jatuh kurang berkemungkinan patah tulang.

Akhir sekali, taman permainan dan kolam air untuk kanak-kanak kecil memang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mereka bentuk untuk mengurangkan risiko supaya ibu bapa atau penjaga mereka dapat melepaskan anak-anak kecil mereka bermain dengan selamat. Kita mahu menjadikan Taman Awam Miri sebagai sebuah taman yang indah,menarik dan selamat untuk pelawat yang datang ke tempat tersebut.

Kita mendesak mereka yang bertanggungjawab, menjaga dan mengurus Taman Awam Miri dapat mengambil tindakan segera atas cadangan tersebut diatas tanpa prajudis. Kita ingin perkara ini dilakukan demi kebaikan semua terutama sekali kanak-kanak kecil yang bermain di Taman Awam Miri tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: