05 Disember 2011

PRU-13: Nik Aziz akan pertahankan kerusinya

10 Muharram 1433H. [MOD] -

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"InsyaAllah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu," katanya dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon BN Datuk Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

NONESabtu lalu, Umno Kelantan mengulangi gesaan supaya Nik Aziz berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin lain selepas 21 tahun mentadbir negeri itu.

Mohd Afandi Yusoff berkata, pemimpin Umno yang dahulunya turut digesa pembangkang berhubung perkara sama - seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - sudah pun berbuat demikian.

"Dulu tanya Tun Mahathir dan Pak Lah bila hendak berhenti. Tetapi menteri besar Kelantan sampai hari ini enggan berundur, walaupun sudah tua," sindirnya.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: