05 Disember 2011

Tembok runtuh, lapan terbunuh di Indonesia

9 Muharram 1433H. [MOD] -

MAKASSAR 5 Dis. - Seramai lapan orang terbunuh semalam selepas satu tembok runtuh di sebuah kawasan perumahan di Puau Sulawesi, Indonesia, kata polis.

Pegawai polis wilayah, Abdul Rahman berkata, seramai lapan orang lagi turut tercedera parah dan dihantar ke hospital.

Namun, polis tidak dapat mengesahkan berapa orang yang masih hilang selepas tembok konkrit setinggi tujuh meter runtuh di beberapa buah rumah di selatan Sulawesi itu.

Punca kemalangan masih belum diketahui tetapi menurut penduduk, hujan lebat sejak semalam. - AFP

Tiada ulasan: