05 Disember 2011

Tiga angkasawan Rusia mengundi di angkasa

9 Muharram 1433H. [MOD] -

MOSCOW 5 Dis. - Angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax.

Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.

Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan. - dpa

Ulasan :

Kalau di Malaysia angkasawan ini akan undi BN sebab takut periuk nasi masuk pasir. Balik ke bumi terima surat tunjuk sebab dan terus kena pecat.

Tiada ulasan: