05 Disember 2011

Gajah, zirafah Zoo Melaka mati

9 Muharram 1433H. [MOD] -

AYER KEROH – Anak gajah berusia satu tahun setengah di Zoo Melaka mati kelmarin dipercayai akibat faktor kesihatan.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata, anak gajah itu sebelum ini pernah mengalami luka kerana terkena jerat.

Menurutnya, anak gajah yang masih menyusu ditinggalkan ibunya dan dihantar ke Zoo Melaka untuk proses rawatan.

"Seperti biasa ada haiwan berjaya diselamatkan, ada yang tidak. Ini perkara biasa kerana selain mengalami luka akibat dijerat mungkin anak gajah ini tidak serasi di tempat baru.

"Bagaimanapun, kematiannya tidak disebabkan oleh sebarang penyakit," katanya semalam, sebagai mengulas dakwaan seekor daripada lapan gajah yang dijadikan tontonan umum mati kelmarin dan zirafah di bawah jagaan zoo itu mati minggu lalu.

Menurut Ahmad Azhar, seekor zirafah dewasa yang ditempatkan di zoo itu mati minggu lalu akibat komplikasi ketika melahirkan anak.

"Seperti manusia juga zirafah juga mempunyai masalah ketika bunting dan zirafah dewasa yang mati minggu lalu disebabkan komplikasi ketika mahu melahirkan," katanya.

Bagaimanapun, kandungannya juga gagal diselamatkan.

sinar harian/-

Tiada ulasan: