10 Januari 2012

8 maut tanah runtuh di Brazil

16 Safar 1433H. [MOD] -

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kuranynya lapan terkorban dalam kejadian tanah runtuh akibat musim tengkujuh di Rio de Janeiro, semalam manakala 14 lagi dipercayai masih tertimbus.

Ketua Jabatan Bomba negeri Rio de Janeiro, Kolonel Sergio Simoes, berkata enam dewasa dan dua kanak-kanak maut manakala 14 lagi masih hilang selepas sembilan rumah runtuh di utara majlis daerah Sapucaia.

Pegawai Jabatan Pertahanan negeri pula berkata, lima sekeluarga yang berlindung di dalam kereta juga dipercayai terkorban selepas kenderaan mereka hanyut dibawa lumpur.
Beliau memberitahu stesen televisyen Globo, kejadian tanah runtuh itu berlaku jam 3.30 pagi waktu tempatan selepas hujan lebat lebih 12 jam. - AFP

Tiada ulasan: