10 Januari 2012

Dr Rani calon terbaik ganti Hasan Ali, kata Pemuda PAS Selangor

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Selepas dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kini berdepan dengan tekanan agar melepaskan jawatan exco kerajaan negeri memandangkan beliau kini bukan lagi “wakil rakyat PAS.”

Semalam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melepaskan jawatan itu secara sukarela.

Beliau berkata ini kerana amat jelas bahawa beliau tidak lagi mewakili PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menghormati keputusan yang diambil oleh parti itu memecatnya.

Keputusan Khalid itu mendapat sokongan penuh Dewan Pemuda PAS Selangor agar pengganti untuk jawatan yang disandang Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dari Barisan Nasional (BN) dapat dilantik.

“Menteri Besar juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota exco tersebut adalah untuk parti PAS,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.

Beliau menambah calon yang paling layak untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar), juga merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

“Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut, bukan sekadar beliau orang nombor satu PAS di Selangor tetapi beliau cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan masalah rakyat,” katanya.

Kelmarin Hasan, ADUN Gombak Setia dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Hasan, sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

The Malaysian Insider awal pagi ini melaporkan Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin diadili semula.

themalaysianinsider/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik dah tu !kalau orang yang punyai PHd dari uni luar negeri pasti tau kedudukan ia , tunggu apa lagi ...angkat kaki laaa...blah.

Tanpa Nama berkata...

cantik dah tu ! sebagai orang yang punyai PHD luar negeri pasti tau kedudukan nya ,apa lagi ... blah la.

Tanpa Nama berkata...

Kata ada PHD ( Perangai Hasad Dengki )Dah belajar itu ini,dah buat kajian, dah tahu itu, ini. Takkan dipecat daripada PAS, muka tebal nak duduk jawatan Exco lagi. Takan mb Selangor nak buat macam kerajaan HARAM Perak. Panggil pengawal kunci bilek hasan ali,atau tahan dia dipintu pengawal.Cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Masa untuk Dato`Hasan bermuhasabah, beri peluang lah pada dia ?