27 Januari 2012

Sekat bantuan pengajian agama untuk kurangkan ulama

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DUNGUN, 27 Jan: Tindakan kerajaan Umno Terengganu menyekat bantuan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengajian agama adalah sebenarnya mahu menyekat kelahiran ulama.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (gambar) berkata, ketiadaan ulamak akan menyebabkan rakyat jahil dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Terengganu yang tidak lagi sedia memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang mahu mengambil jurusan agama di luar negara khasnya ke timur tengah.

“Apabila ulama meninggal dunia, maka sedikit demi sedikit ilmu hilang dari masyarakat dan manusia menjadi jahil.

“Apabila masyarakat jahil kerana tiada ilmu, iman tdak ada (dan manusia) tidak takut kepada Allah SWT,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kampung Pak Sabah di sini, semalam, Selasa 24 Januari.

Menurutnya, pada ketika itu, manusia akan menganggap, tidak salah melakukan rasuah dan tidak apa melakukan zina.

Oleh kerana itu, beliau berkata, kerajaan Umno Terengganu cuba menyekat kelahiran ulamak dengan mengahalang para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di bidang ugama.

Beliau mengumpamakan tindakan Umno itu cuba mengeringkan punca air di empangan supaya air akan berhenti mengalir.

“Dia (Umno) nak mengeringkan punca air, apabila empangan kering dengan sndirinya air yang mengalir kering, inilah yang umno buat sekarang.

“Bila dia tidak beri bantuan kepada orang (yang) mengaji ugama, yang mahu pergi (melanjutkan pelajaran) ke Yaman, Mesir, Jordan, dengan sendirinya ulamak akan berkurangan,”jelasnya.

Katanya, sifir Umno adalah, apabila ulama berkurangan, rakyat akan menjadi jahil dan akan menentang Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata, ilmu-ilmu ugama turut menjadi semakin berkurang apabila ulamak tidak amanah dengan ilmunya.

Katanya, adalah satu perkara yang amat pelik apabila ada ulamak yang tidak amanah memberikan perakuan bahawa Menteri juga layak menerima wang zakat.

Sedangkan, kata beliau, perkara tersebut telah dijelaskan dalam zaman Syaidina Omar al-Khattab, mana-mana individu yang telah menerima wang daripada Baitul-Mal adalah haram nenerima zakat.

“Kalau dia sudah ada gaji, sudah ada elaun, maka zakat tidak boleh diberikan lagi,”katanya ketika mengulas isu Menteri Umno/BN yang menggunakan zakat untuk membiayai kos guaman.

Harakah Daily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini adalah jwpn yg diberikan berkait berita ini oleh Haji Naseron Ismail, Moderator DEMOKRATGROUP Malaysia merangkap Ketua Sekretatiat NGO Melayu Muslim dan Sekretariat NGO (umno):http://www.demokratgroupmalaysia.blogspot.com/

Nas Isma: angahku_01@yahoo.com to Perisikrakyat, pendekar_blogger., YB, MalaysiaNews,
show details 1:41 PM (1 hour ago)
Quote:
Nak pandai agama... nak jadi guru agama, kemudian menggelarkan diri ularmak pun nak suruh UMNO tanggung? Fuh punyer la dhaif manusia nih.. Orang lain berlumba nak maju, dia berlumba2 nak ajak masuk syurga dalam keadaan miskin dan papa kedana... Ontahlah... Kalau semua UMNO dan kerajaan nak tanggung, emak-bapak yang melahirkan puak-puak pemalas ini tak payah berbelanjalah kan??? NAK bagi tahu, zaman subsidi untuk belajar agama dah habis... kalau nak jasdi DOKTOR, Peguam Terbilang macam Karpal is King, Akauntan, Farmasi, Jurutera Kapal Terbang, Pakar Automotif... masih ada.. Rebut peluang ini... hantar anak-anak belajar ramai2 dalam bidang kritikal dan teknikal, insyaallah masih ada bantuan.

Kalau tuan menjadi burung
Biar saya jadi dahan dan rantingnya
Tapi kalau puak PAS PIS PUS masih bingung
Jumpa DAP meritokrasilah jawapannya...

Naseron Ismail
(www.umno-pas-pkr.blogspot.com)

Betapa lemahnya jawapan dan pemikiran seorang ketua Biro penerangan umno!