02 Februari 2012

Lebih 5 Juta Orang Menganggur Di Sepanyol

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MADRID: Bilangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan di Sepanyol meningkat sehingga lebih 5 juta orang menyebabkan kadar pengganguran yang melonjak naik itu umpama nisbah seorang penganggur dalam empat orang, kata seorang pegawai.

Institut Statistik Kebangsaan Sepanyol melaporkan seramai 5.3 juta orang tidak mempunyai pekerjaan pada akhir Disember tahun lalu, meningkat dari 4.9 juta orang pada suku ketiga – satu peningkatan dalam kadar pengangguran dari 21.5 peratus kepada 22.8 peratus pada suku keempat.

Selain itu, institut tersebut turut berkata, hampir separuh daripadanya iaitu sebanyak 48 peratus merupakan penganggur yang berusia 25 tahun ke bawah.

Kini terdapat 1.6 juta isi rumah di Sepanyol tanpa seorang ahli keluarga mereka mempunyai pekerjaan.

Sepanyol telah pun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di kalangan 17 negara dalam Eropah di mana kadar penggangguran secara purata adalah kira-kira 10 peratus.

Pesaing Sepanyol bagi kadar pengangguran adalah Ireland dengan 14.6 peratus pengangguran. - AP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

depa menggangur dapat elaun bang ooi!...depa tak mau elaun nak kerja!!bangsa kita ada sikap macam tuu?