02 Februari 2012

Pejabat PM Pakistan terima kiriman mengandungi anthrax

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD 2 Feb. – Sebuah bungkusan yang dikirimkan ke pejabat Perdana Menteri Pakistan pada Oktober lalu disahkan mengandungi sejumlah kecil spora anthrax yang boleh mengundang maut.

Jurucakap Perdana Menteri Yusuf Raza Gilani, Akram Shahidi semalam berkata, pasukan keselamatan mula mengesyaki sesuatu terhadap bungkusan tersebut. Selepas ujian makmal dilakukan, ia disahkan mengandungi anthrax.

Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dan bungkusan itu dikirimkan dari bandar Jamshoho, selatan Pakistan. - REUTERS

Tiada ulasan: