29 Mac 2012

6 lelaki dicari bantu siasatan

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MANJUNG - Enam lelaki dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah di sekitar daerah ini sepanjang tahun 2008 hingga kini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan, Ahmad Mat Isa berkata, sehubungan itu pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan enam lelaki terbabit yang berumur antara 23 hingga 53 tahun.

Menurutnya, kesemua lelaki itu diperlukan bagi membantu siasatan kes pecah rumah, curi dalam bangunan, cabul, cubaan samun, kekerasan guna senjata dan tidak melaporkan diri.

“Enam lelaki ini berasal dari daerah ini dan juga beberapa negeri lain.

“Kita mahu masyarakat memberikan kerjasama dalam melaporkan lokasi mereka kerana kita percaya dengan penangkapan enam lelaki ini semua kes terlibat dapat diselesaikan,” katanya.

Ahmad berkata, enam lelaki yang dicari, Mohamad Saiful Bakhtiar Roslan, 23, beralamat di Jalan Mewah Taman Mewah, Kamunting bagi kes pecah rumah; Wong Tun Chai, 53, alamat Jalan Mak Dayang Cuka, Kemaman Terengganu (kes cabul) dan Nasrizuan Kamarudin, 26, alamat Bandar Baru Seri Manjung bagi (kes curi dalam bangunan).

Manakala, M Ravishankar, 48, alamat No 51 Laluan Perpaduan Selatan 6 Taman Malar (kes cuba samun); R Kaliyappan, 41, alamat Ban Joo Seng, Pundut, Lumut (kes kekerasan guna senjata) dan Mat Daud Awang, 35, alamat Taman Dusun Dataran Usahawan, Gua Musang bagi kesalahan tidak lapor diri.

Katanya, gambar enam lelaki itu akan dipamer di kawasan tumpuan ramai bagi memudah usaha mengesan mereka.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Manjung di talian 05-688 6222 atau Pegawai Penyiasat Kanan IPD Manjung 019-575 3207 atau Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung 019-448 3377,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: