29 Mac 2012

Sembunyi pistol di pinggang

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PASIR MAS – Taktik menyembunyikan pistol di pinggang, terbongkar apabila dua lelaki diperiksa pihak polis, dalam satu rondaan cegah jenayah, malam kelmarin.

Dua lelaki berkenaan, dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan, di sebuah pondok, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati, seorang daripadanya, memiliki pistol semi auto jenis Glock dan enam peluru di pinggang.

Menurutnya, suspek berusia 44 tahun itu berasal dari Kubang Panjang, manakala seorang lagi, berusia 48 tahun, dari Kampung Jebak Puyoh.

“Suspek 44 tahun ini merupakan seorang kontraktor manakala rakannya pekerja di kilang air.

“Setelah disiasat, kita dapati pekerja kilang air ini pernah di buang daerah kerana terlibat dalam lapan kes dadah dan jenayah,” katanya semalam.

Manakala katanya, kontraktor berkenaan mempunyai dua kes sabitan lampau melibatkan kesalahan dadah dan jenayah.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kedua-dua suspek sama ada pernah menggunakan pistol berkenaan dalam kes tembak di sini.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada pistol tersebut pernah digunakan dalam kes jenayah atau kes tembak yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971, jika disabitkan boleh dihukum penjara 14 tahun dan sebat tidak kurang dari enam kali.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara, tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sinar Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Excellent blog& presentation. Keep writing more and more. I voted for your blog and suggested your blog to my friends also.
2008 Land Rover Range Rover AC Compressor