19 Mac 2012

Bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan?

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa (gambar) meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Beliau bertanyakan demikian pada sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah profesional dan expatriate warganegara Malaysia yang menyahut cabaran “brain gain” sejak dilancarkan dan berapa
ramai pula yang keluar negara menjadikan masalah fenomena “brain drain” kepada negara.

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penswastaan KTM.

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memulakan kursus kemahiran seperti yang ditawarkan di sekolah teknik seawall Tingkatan Satu di sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang dikenal
pasti lemah pencapaiannya di dalam UPSR.

Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah alasan utama kontrak yang ditandatangani di antara MINDEF dan sebuah syarikat swasta tempatan LARDAC yang dibantu syarikat antarabangsa AIDC pada
Oktober 2001 untuk menjalankan 'program menaik taraf (upgrade) jet pejuang' yang pernah ditamatkan.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) Dasar Negara dalam membuka kembali pengambilan pekerja asing; dan
(b) jumlah pekerja asing mengikut sektor industri, pembinaan, restoran, perladangan dan pembantu rumah.

Harakah Daily

Tiada ulasan: