19 Mac 2012

Keadaan Fabrice Muamba masih kritikal

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KEADAAN pemain Bolton, Fabrice Muamba, yang rebah ketika perlawanan suku akhir kejohanan Piala FA kelmarin, masih kritikal dan akan terus berada di unit rawatan rapi sehingga lewat petang ini (waktu Malaysia).

Pemain tengah berusia 23 tahun itu sedang dirawat di pusat serangan jantung, London Chest Hospital, selepas mengalami serangan jantung ketika menentang Tottenham.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan semalam (4.30 pagi ini waktu Malaysia), pihak hospital berkata, Muamba masih berada di unit rawatan rapi dan telah diberikan sedatif.

Pengerusi Bolton, Phil Gartside berkata: "Saya minta setiap orang terus berdoa untuk Fabrice."

Kenyataan dikeluarkan menerusi laman web kelab, Gartside berkata, "sokongan yang kami terima daripada Tottenham dan daripada peminat-peminat kami sangat menakjubkan - staf, peminat, pemain dan pegawai perlawanan - ia sesuatu di luar dugaan."

Sinar Harian

Tiada ulasan: