19 Mac 2012

Piala FA: Chelsea, Liverpool menanti lawan separuh akhir

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

CHELSEA dan Liverpool telah menempah tiket separuh akhir persaingan Piala FA dan masing-masing menantikan lawan mereka, yang tidak dapat ditentukan pada hujung minggu lalu.

Everton akan bertemu dengan Liverpool jika dapat mengatasi Sunderland dalam perlawanan semula peringkat suku akhir.

Kedua-dua Everton dan Sunderland terikat 1-1 dalam perlawanan mereka kelmarin.

Dalam pada itu, Chelsea akan menerima saingan sama ada Tottenham atau Bolton, yang sepatutnya ditentukan kelmarin.

Perlawanan antara Tottenham dan Bolton kelmarin dihentikan selepas pemain tengah Bolton Fabrice Muamba rebah di padang.

Keadaan Muamba masih kritikal selepas diserang sakit jantung.

Everton dan Sunderland akan bermain semula di Stadium of Light pada Sabtu untuk menentukan pemenang.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan di Wembley pada 14 dan 15 April ini.

Dalam perlawanan semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia), Chelsea mengatasi Leicester 5-2 manakala Liverpool menewaskan Stoke City 2-1.

Sinar Harian

Tiada ulasan: