16 Mac 2012

Dua sahabat kena penjara

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Dua sahabat dididenda RM140,000 dan lima bulan penjara berkaitan kes rumah judi terbuka Selasa lalu, dipenjara tiga bulan lagi semalam, kerana tidak memiliki dokumen perjalanan memasuki negara ini.

Kam Cin Hau, 40, dan Tin Shwe, 36, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas kedua-dua warga Myanmar itu mengaku bersalah pertuduhan berasingan yang disabitkan ke atas mereka.

Berdasarkan pertuduhan, masing-masing dituduh sebagai seorang bukan warganegara Malaysia telah masuk dan berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah.

Mereka melakukan kesalahan itu di Jalan Seroja, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, kira-kira jam 4.10 petang pada 24 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan tidak melebihi enam sebatan.

Tertuduh ketika rayuan dalam bahasa Kantonis memohon mahkamah memberikan hukuman ringan dan tidak disebat kerana mempunyai anak, isteri dan ibu bapa yang perlu ditanggung di Myanmar.

Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shahruddin menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan daripada tarikh ditangkap pada 24 Februari 2012 selepas Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Sinar Harian

Tiada ulasan: