02 Mei 2012

Bank gempar terima bungkusan serbuk putih

10 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Bank keempat terbesar di Amerika Syarikat (AS), Wells Fargo & Cop terpaksa menutup lima cawangannya semalam, selepas menemui beberapa bungkusan mencurigakan berisi serbuk putih di dalam bangunan bank berkenaan.

Insiden di bandak New York itu, memaksa anggota polis melakukan siasatan mengejut dan mendapati salah sebuah bungkusan tersebut mengandungi serbuk tepung jagung.

Bagaimanapun jurucakap polis memberitahu, dalang lima daripada enam kes berkenaan masih belum di kenal pasti dan sedang disiasat.

Jurucakap bank, Ancel Martinez berkata, lima cawangan bank Wells Fargo termasuk di Third Avenue, 47th Street Madison Avenue, 34th Street Broadway dan 85th Street ditutup bagi memberi laluan kepada siasatan polis.

Minggu lalu, lebih 500 orang mengadakan protes pada mesyuarat tahunan pemegang saham bank di San Francisco kerana berang terhadap rampasan harta, pampasan eksekutif dan cukai korporat yang dianggap tidak relevan.

Menurut sebuah laman web maydaynyc.org, demonstrasi berkenaan dirancang untuk diadakan di bandar New York bagi menentang beberapa syarikat yang dikatakan menguasai bandar itu.

Sinar Harian

Tiada ulasan: