22 Jun 2012

Les Blues yakin kalahkan Sepanyol

2 Syaaban 1433H. [MOD] -

KETIADAAN penggempur Perancis Franck Ribery dan Samir Nasri ketika sesi latihan semalam, tidak membimbangkan.

Kedua-dua pemain itu terpaksa direhatkan seketika selepas Nasri mengalami kecederaan ringan ketika menentang Sweden, sementara Ribery masih bergelut dengan tahap kecergasan.

Perkembangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan keyakinan pengendali Perancis Laurent Blanc dalam memburu kemenangan sekaligus menyingkirkan juara bertahan Sepanyol pada aksi suku akhir, awal pagi Ahad.

Kekalahan mengejut kepada Sweden, Rabu lalu sedikit pun tidak melemahkan moral pasukan, namun Blanc percaya peluang mereka ke separuh akhir, cerah.

“Kekalahan itu sudah berlalu dan kami perlu positif. Apa yang berlaku (menentang Sweden) ketika itu, pasukan tidak beraksi seperti yang dirancang.

“Tetapi bertemu Sepanyol kali ini kami perlu tanamkan keyakinan tinggi untuk tewaskan mereka.

“Kami hanya perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan bermain bersungguh-sungguh, walaupun mereka memiliki barisan pemain yang cukup hebat,” katanya .

Bahkan Blanc tidak menolak kemungkinan menurunkan pemain yang tahu corak permainan lawan yang akan memberi kelebihan buat Les Blues meraih kemenangan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: