05 Jun 2012

Menteri elak terus terang isu no plat RM24,200

15 Rejab 1433H. [MOD] -

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita.

Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian.

Liow semalam mempertahankan bidaan itu dengan berkata kementeriannya mengganti kereta rasmi, sekali gus memerlukan nombor pendaftaran baru.

Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.

Berikut sedutan dialog Liow dengan pemberita dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur:

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran. Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ.

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak payar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali.

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.

malaysiakini/-

1 ulasan:

tukar tiub berkata...

kerajaan BN ajak rakyat berjimat cermat, tapi apa yang mereka lakukan pada wang rakyat, belanja sesuka hati. wahai rakyat yang berfikiran waras diluar sana marilah kita sama sama hentikan perbuatan jahat BN ini, kita buang jauh jauh pemimpin haprak macam ini,UNDILAH PAKATAN RAKYAT.