05 Jun 2012

Tahanan Palestin ancam mogok lapar semula

15 Rejab 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Tahanan Palestin di penjara Israel mengancam untuk melancarkan mogok lapar semula kerana pihak berkuasa rejim Zionis didakwa gagal menunaikan janji yang dipersetujui kedua belah pihak, menurut menteri penjara, kelmarin.

Issa Qaraqaa berkata, masih berlaku provokasi di dalam penjara kerana kebanyakan tahanan merasakan mereka terpedaya dengan janji kosong Israel. "Rejim Zinois melanggar perjanjian yang mana dalam tempoh 10 hari selepas mereka menamatkan mogok lapar, Israel telah memperbaharui perintah tahanan pentadbiran terhadap kirakira 30 tahanan kononnya sebagai hukuman," jelasnya. Kira-kira 1,550 tahanan Palestin bersetuju untuk menamatkan mogok lapar pada 14 Mei lalu selepas pihak berkuasa rejim bersetuju untuk memenuhi tuntutan asas mereka.

Mogok lapar besar-besaran kali kedua dilancarkan 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan dan kekejaman Israel yang telah menyebabkan kira-kira 4,700 tahanan termasuk 185 kanakkanak yang turut dianiaya tanpa perikemanusiaan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: