02 Julai 2012

'Ini saja yang kami mampu'

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT - “Rumah kami hanya dibina menggunakan kayu terpakai kerana kami tidak mampu untuk membeli yang baru memandangkan kewangan tidak mencukupi.” kata penduduk, Melati Abdul Razi, 35 yang tinggal di Kampung Baru Talang, Tanjung Blanja.

Melati berkata, kekangan wang menyebabkan dia dan suaminya, Mohd Saharizal Ahmad Shafirie, 32, tidak mampu memperbaiki rumah mereka dengan sempurna.

Menurutnya, kayu dan zink berkenaan diambil dari rumah ibunya apabila kediaman tersebut dibaik pulih.

“Kami membina rumah sekadar tempat untuk berteduh sahaja memandangkan pendapatan kami tidak menentu setiap bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Melati berkata, dia hanya bekerja sebagai tukang sapu di rumah orang dan mendapat belas ehsan orang berkenaan untuk memasukkan bekalan elektrik serta air ke kediaman mereka.

Katanya, Mohd Saharizal pula bekerja kampung dan terpaksa menunggu sesiapa sahaja mengajaknya untuk bekerja.

“Saya amat berharap supaya rumah kami dapat dibaik pulih supaya dapat tinggal dengan selesa seperti orang lain.

“Jika mahu melakukannya sendiri, kami tidak mampu memandangkan kewangan yang ada hanya untuk untuk keperluan harian sahaja,” katanya.

Sinar Harian

1 ulasan:

Unknown berkata...

negara dah maju mcm ni pun masih ade yang terpinggir..kesian...