30 Muharram 1433H. [MOD] -
|
BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan
Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan
rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang
anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa
dilahirkan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan