14 Disember 2012

Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan'

30 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya.

Zunar Lawak & LawanKarya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012.

Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat.

"Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka.

NONE
"Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.

Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.

Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: