30 Muharram 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU – Seramai 18 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Imigresen Johor dalam Ops Jaja di sebuah pasar raya sekitar
bandar raya ini, kelmarin.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar
berkata, dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu, seramai 25 pendatang
asing diperiksa.
“Sebelum ops, kami telah menghantar anggota berpakaian preman menyamar sebagai pelanggan. Kehadiran anggota tidak disedari oleh warga asing yang bekerja. Bagaimanapun, sebaik sahaja disedari, ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di celah-celah raga sayur untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

“Hasil pemeriksaan ke atas 25 pendatang asing, 18 orang berusia 20 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Seramai 17 daripada jumlah keseluruhan yang ditahan adalah warga
Indonesia dan baki iaitu seorang merupakan rakyat Bangladesh. Tiada
sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang ops ini dilaksanakan,”
katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairulanuar yang juga ketua operasi berkata, kesemua yang ditahan
disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan
Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas, Seksyen 15(1) (c) Akta
Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta
sama berikutan tinggal di negara ini tanpa pas serta permit.
Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen negeri Johor
di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, di sini, untuk tindakan lanjut.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan