30 Muharram 1433H. [MOD] -
TEMERLOH:
PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan
Yaakob bahawa tawaran 6+3 Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah
dan menghancurkan negara adalah stereotaip dan dangkal.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (gambar) berkata ia juga melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk membuat perubahan dengan memilih PR demi survival dan masa depan mereka.
Suhaimi dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, menyebut sudah ada jawapan ‘standard’ oleh pemimpin Umno dan BN apabila PR menawarkan kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Suhaimi memberi memberi kenyataan demikian sebagai reaksi kepada ucapan negatif Adnan semasa penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang disiarkan sebuah media cetak semalam.
Sementara dalam edisi online akhbar berkenaan meletakkan tajuk: ‘Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara’.
Adnan pula memberi respons demikian berikutan perisytiharan tawaran kerajaan PR kepada rakyat negeri Pahang semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) Ahad lalu.
“PAS Pahang menganggap, mentaliti Menteri Besar ini menjadi ikutan semua pemimpin Umno segenap peringkat. Bagaimana menolong rakyat hancurkan negara? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran dianggap tuntutan kemajuan. Hakikatnya negara dan negeri Pahang sedang menuju kehancuran selepas 55 tahun Umno diberi mandat. Pada PRU 12 apabila PR tawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, Umno kata hancur negeri.
“Maka PAS Pahang berpandangan, komen Adnan itu melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk buat perubahan sekali gus Adnan akan kalah dalam pertaruhan yang melibatkan telinganya.
“Hakikatnya, tidak ada mana-mana negara yang menolong rakyatnya menuju kehancuran. Tetapi terlalu banyak negara yang hancur akibat keangkuhan penguasa yang terus selesa dengan rasuah dan salah guna kuasa,” jelas Suhaimi.
Dalam HKRP, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah telah membuat pengumuman tawaran bersama iaitu pertama, menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun.
Kedua, menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.
Ketiga, mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Keempat, memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.
Kelima, menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.
Tawaran terakhir ialah menjanjikan sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.
Sementara tiga tawaran mega Kerajaan PR Pusat kepada rakyat negeri ini ialah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.
Kedua, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi. Ketiga, memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.
Tawaran itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan