26 Muharram 1433H. [MOD] -
(Bendera PAS adalah antara yang dikibarkan di Sahah Al-Katibah semalam sempena sambutan 25 tahun Hamas)
GAZA: Bendera PAS adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas.
Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin.
Perhimpunan yang diadakan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam di Palestin selepas perang lapan hari dengan Israel yang berakhir 21 November yang lalu.
Perhimpunan Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas ini turut dihadiri negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia di samping NGO yang membantu umat Islam Palestin.
(Bendera PAS dan Malaysia dikibarkan dibumi Gaza tanda kebersamaan dengan perjuangan umat Palestin)
Majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah bersama barisan Kabinet dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal buat pertama kalinya kembali ke bumi Palestin selepas dibuang negeri pada tahun 1996.
Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu.
Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria.
Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi.
(Di atas bangunan yang menempatkan pentas utama juga dikibarkan bendera PAS)
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan