10 Disember 2012

Lapangan terbang Damsyik sasaran utama pemberontak

26 Muharram 1433H. [MOD] -

Lapangan terbang Damsyik sasaran utama pemberontak

Tentera rejim Assad memperkuatkan kubu mereka dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik
DAMSYIK - Pertempuran berdarah tentera kerajaan dan tentera pembebasan Syria berlarutan ke seluruh ibu negara, di mana kumpulan pemberontak mengiktiraf Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik sebagai sasaran utama mereka.

Menurut aktivis keamanan, serangan berpeluru dua pihak itu tercetus di pinggir bandar Beit Sahem dan Akraba berhampiran lapangan terbang, pagi kelmarin.

"Tentera rejim kini memperkuatkan pertahanan berhampiran lapangan terbang. Keadaan itu sebaliknya mengurangkan tekanan terhadap kumpulan pemberontak sekitar Damsyik.

"Ini menunjukkan tentera rejim memiliki kelemahan iaitu terpaksa melepaskan kawalan di beberapa bandar hanya kerana perlu mempertingkatkan pertahanan dekat lapangan terbang," katanya.

Dua hari lalu, kumpulan pemberontak mengumumkan akan menyerang lapangan terbang bagi menyekat bekalan ketenteraan rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Seorang pemberontak yang hanya dikenali sebagai Nour berkata, kehilangan kawalan terhadap lapangan terbang memberi impak buruk kepada kerajaan selepas gagal mempertahankan dua pangkalan udara yang ditawan baru-baru ini.

Wilayah Damsyik kini adalah medan pertempuran utama sebaik sahaja Assad mengarahkan tenteranya membalas serangan untuk merampas semula kawasan sejauh 8 kilometer berhampiran ibu negara. - Al-Jazeera

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta yb jgn terikut dgn rentak syiah2 didlm PAS yg melabel mujahidin di syria sebagai pemberontak....

Tanpa Nama berkata...

salam...saya syaibani saya ingin memperbetulkan....mereka bukan pemberontak.mereka adalah pejuan FSA pejuang pembebasan syria. mereka adalah mujahidin yang nak bebaskan syria dari cengkaman rejim bayar asadd tv3 n utusan ja ygdok kata mujahidin syria adalah pemberontak. jgn jd mcm tv3.