26 Muharram 1433H. [MOD] -
CARI BUKTI...polis menyiasat kejadian samun di rumah mangsa.
KUCHING: Kepulangan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan
keluarganya daripada percutian di luar negara disambut dengan kejutan
apabila mendapati kediaman mereka di Matang, di sini, dimasuki pencuri
dan wang serta barangan berharga bernilai RM1.4 juta dilarikan.
Kejadian disedari sebaik ahli perniagaan berusia 55 tahun itu dan
keluarganya yang bercuti di Jakarta, Indonesia, sejak 30 November lalu,
tiba di rumah pada jam 12.50 tengah hari semalam mendapati pintu bilik
utama terbuka.
Sumber berkata, selepas melihat ada kesan umpil pada pintu bilik,
mereka membuat pemeriksaan lanjut sebelum mendapati wang disimpan di
dalam bilik lesap.
Menurutnya, ahli perniagaan itu kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati penjenayah memasuki rumah pada jam 10.15 malam, 1 Disember lalu.
Menurutnya, ahli perniagaan itu kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati penjenayah memasuki rumah pada jam 10.15 malam, 1 Disember lalu.
Sumber itu berkata, selain wang tunai, beberapa barangan berharga lain turut hilang dan jumlah keseluruhan kerugian RM1.4 juta.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan