10 Disember 2012

Pembangkang Mesir tolak cadangan referendum Morsi

26 Muharram 1433H. [MOD] -



Satu kumpulan pembangkang utama Mesir berkata bahawa keputusan Presiden Mohamed Morsi hanya untuk membatalkan dekri yang memberinya kuasa yang lebih luas dan tidakl membatalkan referendum mengenai draf perlembagaan yang kontroversi adah "tidak menepati jangkaan" yang diperlukan untuk meredakan ketegangan di negara tersebut.

Dalam satu pengumuman Ahad lalu, Barisan Penyelamat Kebangsaan, kumpulan payung utama bagi parti-parti pembangkang, berkata ia menolak rancangan referendum 15 Disember, dan memberi amaran bahawa ia akan membawa kepada "perpecahan dan hasutan."

"Kami tidak mengiktiraf draf perlembagaan tersebut kerana ia tidak mewakili rakyat Mesir," kata Sameh Ashour, yang bercakap bagi pihak gabungan itu.

Pembangkang merancang perhimpunan besar-besaran Selasa ini untuk memprotes perintah. Penyokong Ikhwanul Muslimin juga menganjurkan perhimpunan mereka sendiri Selasa ini di Kaherah, Iskandariah dan Assiut.

Lewat Sabtu lalu Morsi membatalkan dekri 22 November 22 yang membuatkan semua keputusan beliau kebal terhadap semakan kehakiman, tetapi menegaskan bahawa undi akan diteruskan seperti yang dirancang.

Pembangkang telah berulang kali mengatakan bahawa perlembagaan tersebut yang digubal oleh konstituen diterajui Ikhwanul Muslimin, tidak menghiraukan hak-hak wanita dan mengabaikan kebebasan peribadi.

"Saya tidak dapat bayangkan bahawa selepas apa yang telah berlaku mereka mahu meluluskan perlembagaan yang tidak mewakili semua rakyat Mesir," Ahmed Said, seorang anggota pakatan Barisan Penyelamat Kebangsaan dan ketua Parti Rakyat Mesir Bebas, memberitahu agensi berita Reuters.

Beliau berkata pakatan akan bertemu lewat Ahad lalu untuk memberi tindak balas rasmi kepada keputusan pembatalan dekri Morsi.

Selim al-Awa, seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat Sabtu lalu antara Morsi dan ahli-ahli politik dari kumpulan pembangkang yang kecil, berkata, menurut undang-undang, Morsi tidak boleh menukar tarikh referendum pada piagam draf.

Kumpulan pembangkang utama telah memboikot rundingan tersebut, yang berlangsung selama 10 jam, dan menyeru penyokong mereka untuk meningkatkan protes. (aljazeera.com/)

harakah/-

Tiada ulasan: