26 Muharram 1433H. [MOD] -
LUNAS – Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah
untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian
apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira
jam 10.30, malam kelmarin.
Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif
dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak
berpuas hati dengan keluarga.
Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis
menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta
digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang
hotel.
“Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh
pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan
diri kira-kira jam 9.15 malam.
“Polis kemudiannya membuat serbuan disalah sebuah bilik di tingkat
satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam.
“Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan
di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai
melarikan diri bersama suspek.
“Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan