10 Disember 2012

Paip kembali pecah tidak sampai 24 jam dibaiki

26 Muharram 1433H. [MOD] -

Paip kembali pecah tidak sampai 24 jam dibaiki

Beginilah keadaan jalan di Kampung Gajah Mati yang semakin becak setelah paip baru dibaiki pecah kembali.
 
Temerloh - Tidak sampai 24 jam masalah paip pecah di Kampung Gajah Mati, dekat sini, dibaiki Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh, masalah itu berulang lagi apabila paip tersebut kembali pecah.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tersebut mendapati kerja baik pulih sudah dilaksanakan, namun paip tersebut kembali pecah menyebabkan jalan utama ke kampung itu digenangi air.

Penduduk, Isman Abdul Rahman, 55, berkata, masalah itu berlaku disebabkan paip tersebut ditanam pada kedalaman rendah menyebabkan kenderaan berat mudah melanggar paip tersebut.
"Air bergenang menyebabkan keadaan jalan semakin becak dan berbahaya kepada penunggang motosikal," katanya.
Isman berkata, sepatutnya paip perlu ditanam lebih dalam sekurang-kurangnya 0.6 meter.

“Jalan ini sempit dan kenderaan berat  keluar masuk mudah melanggar kawasan ditanam paip tersebut.

“Jika paip itu ditanam lebih dalam, masalah tersebut tentunya tidak akan berulang lagi,” katanya.
Katanya, kejadian paip pecah menyebabkan bekalan air ke rumah penduduk berkurangan kerana tekanan rendah.

Justeru, dia berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk dapat menikmati kemudahan dengan lebih baik.

Sinar Harian 7 Disember lalu menyiarkan keluhan penduduk mengenai paip pecah sejak dua bulan lalu menyebabkan jalan kampung itu becak dan membahayakan penunggang motosikal.

sinar/-

Tiada ulasan: