5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SEREMBAN:
Tiga aktivis PAS Tampin akan didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada
Jumaat (esok) jam 9 pagi atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.
Menurut satu makluman veteran PAS Tampin, Ali Maiden (gambar), kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis PAS yang menghalang dua orang yang tidak dikenali membuang poster dan kain rentang ceramah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gemas pada bulan Januari tahun lalu.
Kata Ali, pihak yang tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis PAS.
Malah tambahnya kemudian pihak tersebut menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah Tampin di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ali mendakwa, salah seorang yang akan didakwa, Zanil Suboh memaklumkan kepada beliau bahawa mereka (tukang buang poster) adalah orang yang diupah pihak tertentu untuk mensabotaj program Pakatan Rakyat.
"Semua penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis PAS yang bakal didakwa iaitu Zanil Suboh yang juga Ketua Penerangan PAS Tampin, Musa Ali (warga Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (warga Felda Bukit Jalor), " kata Ali lagi.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan