23 April 2013

Jahiddin pejuang labu sayong

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR -  Memperjuangkan labu sayong yang menjadi identiti Kuala Kangsar menjadi salah satu manifesto seorang calon bebas bagi kerusi Dun Bukit Chandan, Jahiddin Isa.

Beliau berkata, selain itu, keputusan bertanding calon bebas bertujuan membantu memperbaiki kehidupan orang miskin supaya hidup lebih gembira.

“Saya mahu berkhidmat untuk rakyat dan membantu golongan yang paling susah di sini. Daripada jalan kaki ada basikal, daripada berbasikal ada motosikal.

“Saya juga berjanji jika menang nanti, Lembah Sayong akan saya bangunkan dengan lebih baik dari yang ada sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menggunakan lambang motosikal sebagai simbol pada kertas undi nanti, pesara tentera itu berkata, beliau mempunyai kira-kira 3,000 penyokong bagi memberikan saingan kepada calon lain.

Sinar/-

1 ulasan:

Bungaraya berkata...

Janji tinggal janji je. Kalo menang pun dia tak boleh buat...kalo dia jutawan wallah hu a'lam.