23 April 2013

Penyokong pamer aksi lucah tanda BN tertekan

Spender Kuantan12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUANTAN 20 APRIL: Akibat tertekan melihat sokongan hebat penyokong Pakatan Rakyat punca sebahagian penyokong BN di Kuantan mempamer aksi lucah dengan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.

Aksi memalukan pada jam 10.20 pagi itu berlaku di Dewan Wisma Sri Pahang ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat berkenaan.

Calon KEADILAN Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, perbezaan jelas sambutan penyokong Pakatan Rakyat berbanding BN memberi tekanan kepada puak itu.

“Penyokong kita begitu ramai dan saya yakin ia mencapai enam kali ganda dari penyokong BN. Kalau dilihat pemuda mahupun wanita BN sehingga jam 9 pagi masih belum kelihatan, malah masyarakat Cina langsung tiada di kelompok mereka,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, antara penyokong BN yang hadir hanyalah anak-anak muda yang diupah termasuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

“Mereka melontarkan kata-kata lucah sambil membawa sepanduk seperti gambar seluar dalam.
“Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku pada hari demokrasi seperti ini, sebagaimana kita dituntut supaya berpolitik secara matang,” katanya.

Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.

keadilandaily/-

1 ulasan:

Unknown berkata...

nak buat macam mana kalu dah sama macam lembu......