23 April 2013

Penuhi permintaan Najib, tidak undi Zul Noordin

12 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi.


Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), S.Barathidasan (gambar) berkata, masyarakat India juga tidak akan menyokong serta tidak akan memilih Zulkifli sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

“Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) dan masyarakat India di Malaysia berasa amat kesal dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak yang mempertahankan calon kontroversi Zulkifli Noordin dan meminta masyarakat India supaya memaafkan serta memadamkan kemarahanan terhadap Zulkifli Noordin ekoran kenyataan Naib Presiden Perkasa menghina agama Hindu.

Malahan paling yang menyedihkan dan menjijikan apabila ada segelintir NGO menyokong serta sanggup mencium Zulkifli Noordin.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya masyarakat India melupakanlah kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin.

Masyarakat India akan memenuhi permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya melupakan Zulkifli Noordin dengan tidak memangkah beliau di kertas undi dan tidak akan menyokong serta tidak akan memilih beliau sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam pada hari mengundi 5 Mei depan.

Masyarakat India akan menghukum calon yang bertanding kerusi pilihan raya Parlimen Shah Alam iaitu Zulkifli Noordin dan bertekad tidak akan memberikan undi mereka kepada beliau.

Tapi persoalannya apakah ia hanya sekadar maaf-maafan tanpa apa-apa tindakan?

Sebelum ini beberapa orang selain daripada Zulkifli Noordin, antaranya ketua bahagian Umno Pulau Pinang, Pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar, Pengerusi Perkasa Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah dan banyak lagi terbiar begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan.

Maka MIPAS menggesa agar mereka ini disiasat dan mendakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkiatan agama.

MIPAS meminta supaya mereka ini patut diberi pengajaran agar mereka insaf dan berazam tidak mengulanginya.

MIPAS berharap agar Pihak PDRM dan Peguam Negara berlaku adil dan telus serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam melaksanakan tugas yang diamanatkan. Maka ia akan mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada pasukan PDRM, penguatkuasaan undang-undang dan institusi kehakiman negara.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: