DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.
"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepadaMalaysiakini
dalam jawapannya melalui SMS.
ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.
Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR. MK/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan