18 April 2013

Diperdaya ‘inspektor' polis

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Diperdaya ‘inspektor' polis
Kim Kong (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat Isnin lalu berhubung panggilan ‘misteri’ yang diterimanya pada hari yang sama.
 
IPOH - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila mendakwa menerima panggilan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur memaklumkan ‘anak buahnya’ ditangkap di Hong Kong atas kesalahan jenayah.

Mangsa, Wong Kim Kong, 46, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia menerima satu panggilan ‘misteri’ daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai polis Bukit Aman yang terbabit dalam siasatan kes di luar negara.

“Saya menerima panggilan itu kira-kira jam 11.30 pagi sewaktu berada di Jalan Yang Kalsom dan selepas meneliti nombor telefon tersebut saya mendapati panggilan tersebut dipercayai  daripada IPK Bukit Aman.

“Mulanya saya yakin lelaki ini adalah pegawai polis kerana memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hup Leong.

“Bagaimanapun, selepas ‘pegawai polis’ berkenaan memberitahu bahawa anak buah saya ditahan di Hong Kong kerana terbabit dalam jenayah baru saya sedar yang saya telah diperdaya,” katanya yang turut menerima nombor talian 13 angka daripada lelaki terbabit dipercayai nombor talian telefon di Hong Kong.

Berikutan itu, Kim Wong membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya selepas menerima panggilan tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan taktik seumpama itu masih berlaku dan penjenayah didapati menggunakan perisian khas menjalankan kegiatan tersebut.

“Suspek menggunakan perisian khas yang membolehkan nombor telefon IPK Bukit Aman tertera pada skrin telefon mangsa.

“Sehubungan itu, saya menasihati penerima panggilan supaya mendapatkan nama individu, jawatan dan jabatan di Bukit Aman bagi membolehkan semakan dilakukan di Pusat kawalan Bukit Aman,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: