18 April 2013

Calon Pas Dun Tanjung Batu buat laporan rumah disimbah cat

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


TAWAU - Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu membuat laporan polis selepas bahagian depan rumahnya di Taman Ria di sini disimbah cat merah awal hari ini.
   
Fatmawaty Mohd Yusuf, yang juga Bendahari Pas Kalabakan, membuat laporan polis kira-kira 9 pagi di Ibu Pejabat Polis Tawau di sini.
   
Turut terkena simbahan cat dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu ialah dua buah kereta yang diletak di garaj rumah berkenaan.
   
"Tingkap kaca depan rumah turut dipecah, mungkin dibaling dengan batu berbalut kertas. Kertas pembalut batu berkenaan tertera tulisan berbunyi 'Tarik Diri Atau...!!!'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
   
Kata Fatmawaty beliau membuat laporan polis kerana emosi dan keselamatannya terganggu. - Bernama

Tiada ulasan: