10 Mei 2013

Data bukti sokongan kuat Melayu kepada Pakatan, DAP tangkis dakwaan ‘tsunami Cina’

29 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei — DAP menegaskan keputusan pilihan raya Ahad lalu bukan “tsunami Cina”, sebaliknya mendakwa statistik pilihan raya menunjukkan sokongan kuat di kalangan masyarakat Melayu Bumiputera ke atas pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

“Saya mahu menunjukkan melalui statistik ini bahawa ya, sokongan kaum Cina meningkat kepada Pakatan, tetapi terdapat banyak tempat-tempat lain di mana sokongan bukan Cina kepada Pakatan juga meningkat,” kata pengarah strategi pilihan raya DAP, Dr Ong Kian Ming, kepada pemberita selepas membentangkan beberapa siri statistik di ibu pejabat parti itu hari ini.
Ong berkata sokongan kepada PR meningkat di negeri-negeri di mana masyarakat Melayu membentuk lebih 70 peratus daripada pengundi — iaitu Perlis, Pahang dan Terengganu — sebanyak 4.4 mata, 3.8 mata dan 3.7 mata masing-masing.
Di dalam 23 kerusi Parlimen majoriti Melayu di seluruh negara di mana masyarakat tersebut menyumbang lebih 50 peratus daripada daftar pengundi, Pakatan juga memperoleh peningkatan kepada lima peratus mata.
“23 kerusi ini menunjukkan bahawa ia adalah mustahil Pakatan tidak meningkatkan bahagiannya daripada pengundi Melayu kerana kerusi ini adalah majoritinya Melayu,” kata Ong, yang juga pernah menjalankan kajian daftar pemilih sebelum Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider/-

Tiada ulasan: