07 Mei 2013

NUJ kutuk laporan Utusan

26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mencela Utusan Malaysia menonjolkan tajuk 'Apa Lagi Cina Mahu?' dan dua gambar perhimpunan aman orang tempatan di Taiwan dan Mid Valley Megamall di muka depan pada hari ini.

NUJM amat kecewa dengan pembentangan berita tersebut, kerana ia amat memesongkan pembaca dan berunsur provokatif, kata kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat NUJ hari ini.

Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir," kata kenyataan itu.

Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik.

Maka, NUJM mencela Utusan Malaysia menyembunyikan agenda di sebaliknya, dan tidak menjunjung etika kewartawanan, serta tidak neutral dalam melaporkan isu berkenaan.

Sebenarnya, pemimpin negara mengelar keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" adalah tidak tepat sama sekali. Malah, para pengulas politik dan statistik telah membuktikan PRU13 adalah "Tsunami Bandar" (Urban Tsunami).

Berita Utusan Malaysia ini seolah-olah mengungkitkan ketegangan hubungan antara kaum, bukan sahaja sengaja menimbulkan kecurigaan antara kaum, malahan mendalamkan salah faham antara kaum, kata kenyataan itu.

Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi.  Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Semua kaum hidup dalam keharmonian, kerana kita mengamalkan sikap saling bertolak-ansur, mengambil berat dan menghormati.

NUJM mengingatkan pengusaha industri media agar menghargai semangat perpaduan dan keharmonian yang disanjungi. 

Media bertanggungjawab untuk mengukuhkan perpaduan rakyat, dan bukannya menggunakan taktik kotor untuk mencapai agenda bersembunyi.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana dia polis...?? Guarantee tak tangkap punya!!!!!! Cuba PR yang buat statement mcm ni...tak sempat cetak, polis dah sampai!!

Tanpa Nama berkata...

Utusan Malaysia buat silap lagi dan tidak profesional dan juga kurang beritika.... Sebab tu lah ramai tak berminat nak baca berita dari utusan ni.

otaistillkick berkata...

apakah akhbar utusan tidak tergolong dalam prvokasi ???

http://relaxkedaikopi.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Apa ni? kalau akhbar melayu khususnya Utusan melaporkan berita yg memang benar & teranng lagi bersuluh dikatakan rasis & menghasut rakyat.

Tapi kenapa x berbuat apa2 kepada akhbar cina yg sejak dulu lg memainkan isu perkauman, mengancam & mengugut melayu melalui propaganda media oleh pembangkang?

BIla Utusan bersuara dikatakan dibelakangnya adalah UMNO & kerajaan?
Tapi terang2 akhbar2 cina dibelakangnya DAP kenapa x kecoh? atau adakah dibelakang NUJ sebenarnya jg adalah DAP & pembangkang? Ha ha ha...sila jawab isu ini & NUJ jgn berselindung dlm menggerakkan agenda & propaganda DAP!!!

Tanpa Nama berkata...

selagi kamu tiada bukti yg berasas , jgn labelkan akhbar harian cina itu dgn fitnah yg jahat. Utusan Mslaysia ni dah byk kalilah, ini bukan Kali pertama. Kalau tidak, pembaca melayu tak akan hilang atau tidal membacanya.

NUJ tu merupakan badan kewartawanan yg paling neutral Dan tidak memihak mana mana parti politik, kau Cuba kaji sejarah NUJ yg dah tubuh 50 yg lalu. Ianya badan wartawan yg merangkumi semua ahli dari pelbagai akhbar yg berlainan bahasa. Jgn kau kaitkan NUJ ni dgn parti pembangkang.

Utusan itu milikan UMNO dah seluruh rakyat day tahu lah.