08 Mei 2013

Kuala Kangsar, Catatan Idham Lim (3)

Kenangan pada malam diumumkan sebagai calon P67 di Ipoh pada 18 April 2013.

27 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Berada di Bilik Operasi untuk mengetahui keputusan awal PRU 13 saya rasakan berlainan dengan apa yang pernah saya alami untuk pengalaman yang sama pada PRU 11 dan PRU 12. izinkan saya imbas sebentar memori lama itu.

Pada PRU 11 2004 saya bertanding di DUN Kuala Kurau dan cubaan pertama ini menyebabkan saya kehilangan kerja sebagai Guru kementerian pendidikan. Teringat lagi samasa penjumlahan awal dilakukan Markaz Operasi PAS pada malam 21 Mac 2004 yang terletak di Batu 13 Kuala Kurau dimana ramai yang datang menenagkan diri ini dek kerana kekalahan dengan jumlah majoriti dua ribu lebih itu.

Dengan tenang saya sabarkan mereka dan mereka kembali ceria kerana takutkan saya sangat kecewa pada masa ini. apalagi prinsip yang saya dahulukan bila menerima amanah di masa itu dengan sanggup meletakkan jawatan ialah kalah dahulu baru fikir menang.

Cuma isteri kesayangan yang agak goyah dan sedih dengan melihat nasib suaminya yang sudah kehilangan kerja tetap. Namun saya tenangkan dengan semangat untuk meneruskan hidup dengan perniagaan yang masih ada. 

Tahun 2005 saya membawa diri dan membuka pejabat di Guangzhou China bagi membina hidup baru, isteri masih meneruskan kerja sebagai guru dan hubungan tambang murah antara Malaysia dengan China membuatkan semacam saya berada di Kuala Lumpur dan sering balik untuk bersama keluarga .

Dikala asyik dengan usaha perniagaan di China saya dipilih semula untuk menjadi calon PRU ke 12 untuk bertanding di DUN Titi Serong. Pemilihannya sangat lancar dan sedikitpun tidak ada pertikaian. Maka baliklah saya meninggalkan rakan-rakan perniagaan di China.

Di malam penjumlahan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong pada malam 8 Mac 2008 saya masih ingat dengan suasana yang agak getir bila melihat kepada jumlah undi di peti undi majoriti Melayu yang tidak berpihak kepada saya namun akhirnya semangat pulih semula bila datang keputusan dari peti undi majoriti cina yang memberi kemenangan kepada saya dengan majoriti 1149 undi.

Saya diarah untuk balik ke rumah untuk memakai pakaian yang sesuai. Walaupun sangat lama untuk menerima pengumuman rasmi dari SPR di Dewan Merdeka Parit Buntar dan dalam kekalutan itu juga menerima berita gembira yang mengejutkan bahawa kita berjaya menawan Perak dan beberapa negeri lain. 

Dilewat malam dan telah menjangkau jam 1 pagi 9 Mac kami diarahkan ke Ipoh dalam proses pembetukan kerajaan perak dan seterusnya bermulanya gabungan yang sekarang dipanggil Pakatan Rakyat. Seawalnya seingat saya gabungan itu dinamakan pada awal pagi 9 Mac itu dengan Barisan Rakyat.

Namun apa yang berlaku pada malam penjumlahan PRU 13 di Bilik Operasi PAS Bukit Chandan  Ahad lepas sangat mendebarkan, saya rasakan ianya sangat berlainan dari apa yang saya alami pada PRU sebelumnya. Sesekali rasa kepala macam membesar dan panas. Namun semuanya menjadi tenang dan reda mengingatkan bahawa ketentuan Allah lah yang patut kita akur dan yakin punya sejuta pengajaran dan hikmahnya.

Demikianlah bila 20 peti undi majoriti Melayu dari perkiraan dan culaan, namun mampu ditampung dengan kemenangan besar 6 peti undi majoriti cina menyebabkan kekalahan saya tidak berada di majoriti yang besar. Keputusan rasmi saya tidak menang dengan majoriti yang diperolehi oleh lawan sebanyak 1082 undi.

Dikala itu saya banyak menerima panggilan dan SMS kerana meraka tidak sabar untuk mendapatkan keputusan sebenar Kuala Kangsar, disini saya mohon maaf kerana tidak dapat melayan semuanya namun saya terpaksa melayan perasaan dan fikiran yang menunggu keputusan kiraan sementara itu.

Selepas mengadakan mesyuarat ringkas bersama YDP Kawasan dan sebahagian dari AJK Jentera PRU PAS Kuala Kangsar saya balik ke kediaman Chandan Puteri dalam keadaan mampu menerima keputusan diluar jangkaan diri saya dan semua yang mengharapkan saya mencipta sejarah baru di Kual Kangsar.

Sampai dirumah saya ditenagkan oleh isteri tercinta dan memberi semangat untuk saya meneruskan perniagaan dan bina hidup baru. Sempat makan sepinggan nasi berlaukan ikan sambal saya cuba layan perasaan ini dengan melihat keputusan rakan-rakan lain di internet.

Tidak tahu masa mana saya tertidur dalam keletihan itu dan terjaga pada jam 4 pagi. Saya pandang wajah isteri dan anak-anak kesayangan yang sedang nyenyak tidur, merekalah harapan dan peniup semangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal.

Disamping saya yakin semua sahabat AJK PAS Kuala Kangsar dan penyokong PAS di Kuala Kangsar merekalah juga peniup semangat untuk meneruskan sisa perjuangan yang masih tinggal.

Puluhan panggilan dan SMS yang datang semasa diri ini tidur nyenyak, maaf kepada semua yang cuba menghubungi saya disaat getir itu.

(bersambung.......)


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam... Membaca artikel ini saya terasa terharu dan terpanggil untk berkongsi perasaan sedih.W/bagaimanapun ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas artikel ini memandangkan dapat merasakan sedikit sebanyak suasana dan perasaan seorang calon yang bertanding. Namun demikian satu perkara yang saya dapat lihat dan kongsi bersama melalui artikel ini sifat asabiah masih lagi berlaku walaupun saudara Idham Lim seorang Cina Islam dan penerimaan kaum Melayu khususnya masih lagi tidak memihak kepada beliau.Kemungkinan perkara ini berlaku disebabkan sentimen kepartian yang mana rata2 org Melayu Islam masih lagi lemah dlm amalan Islam.

Tanpa Nama berkata...

bersabarlah sahabatku... Perjuanganmu masih belum tamat. Masih ada 'isi' d depan,bukannya 'sisa'. Jgn putus asa dr rahmat Allah... (shabat lama-JamaludinWanSeman

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya sangat setuju dengan kata kata anon 8.11. Suami saya pernah membuat komen kecewa kenapa orang Melayu masih tak menyokong PAS tapi menyokong UMNO. (Kami tinggal di negeri yang totok UMNO). Saya memberi jawapan yang mudah, mereka yang tidak mahu menyokong PAS ini adalah mereka yang tidak mahu kepada agama, mereka yang tua suka nak berkaraoke sampai ke mati dan yang muda suka nak berzina dan berpoya-poya. Dan kalau ada yang beragama cuma sebagai mekap sahaja untuk cover hati mereka yang hitam. Dan yang selebihnya pula bodoh tak tahu menilai.

Tanpa Nama berkata...

Sabar YB... Saya selaku penduduk Chandan tahu kebanyakkan undian yang memenangi BN adalah dari Golongan Veteran itu sendiri...Jujur saya katakan, Masalah utama PAS itu, adalah penyokong yang membawa imej PAS keterlaluan, sehinggakan tergurisnya hati penduduk... terlalu menonjol sehinggakan melangkaui Imej yang dibawa oleh YB sendiri, iaitu sederhana, sentiasa ada sekeliling penduduk membuatkan mereka terkejut dan rasa lebih rapat berbanding calon-calon BN. Memang Kuala Kangsar sebenarnya boleh menang, cuma permainan dari hati ke hati itu kurang dari segi penyokong membantu untuk mengubah persepsi PAS untuk semua, dan mendidik pengundi muda agar tidak melakukkan provokasi terlampau dari segi mengibarkan bendera Parti DAP. Sentimen Kemelayuan itu sendiri amat kuat di Kuala Kangsar ini berbanding Imej Keislaman yang sederhana yang dibawakan oleh YB.. Tak mengapa, diharap Yb tidak putus asa, kami sentiasa di belakang.. Kawasan Parlimen yang besar ini kalau dikira YB telah pun Menang dengan hanya Tewas Sedikit..Ini dikira tak dapat lakukan tsunami, Gempa bumi pun jadi! Hikmah disebalik itu, Calon BN Kuala Kangsar yang Menang tidak akan tidur lena untuk berbakti kepada Rakyat.. Walaupun YB tewas, tidak bermakna YB tidak berjasa... Tolong Jangan Putus Asa..

Unknown berkata...

https://www.facebook.com/KamiBantahPenipuanPRU13?ref=tn_tnmn

Tanpa Nama berkata...

saya tertarik dengan komen saudara 9:07 yang mengatakan pengundi BN adalah mereka-mereka yang suka berkaraoke dan berzina... mereka2 yang berfikiran sempit seperti saudara 9:07 inilah yang menyeabkan YB tewas, kerana meraka menganggap diri mereka sebagai penyokong PAS sebagai ahli syurga.. sehinggakan bendera BN dianggap najis dan tidak boleh bersentuh dengan bendera PAS... inilah yang menghalang pengundi2 yang berfikiran lebih leberal dan terbuka untuk menyokong PAS.. tindakan2 provokasi seperti mengadakan perhimpunan dipersimpangan jalan/lampu isyarat juga menampakkan ketidak matangan jentera PAS untuk memikirkan keselesaan pengguna jalan raya dan kelihatan terlalu agresif seperti yang diutarakan oleh saudara 9:30... itu saja pandangan saya, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas semangat juang yang ditunjukkan.... dan bersabarlah dengan keputusan yang diterima. InsyaAllah saat ini adalah permulaan kepada sebuah perjuangan yang akan membuahkan kemenangan pada PRU14. Saya tinggal di luar Perak tetapi mengundi di Parlimen K.K merasa teruja melihat sambutan yang diberikan khususnya pengundi muda saluran 4,5 terhadap calon PR. Cuma bekerjalah bermula sekarang seolah-olah esok akan menghadapi PRU14. Anda adalah salah seorang pemimpin yang bakal menggantikan barisan kepimpinan perdana kini.

Tanpa Nama berkata...

SALAM.... Bersabar semua. Kita ibarat anak kecil yang jatuh ketika bertatih akhirnyabangkit dengan usaha gigih dan terus berjalan serta berlari. Saya cadangkan diadakan satu perhimpunan anak-anak Parlimen K.K ( bercambahan minda / idea ) untuk menggarap satu program yang benar-benar boleh mengetuk jiwa pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Jangan putus asa saudara. Kami perlukan pejuang seperti saudara yang berjuang di jalan Allah. Janji Allah itu pasti yang paling penting kemenangan di akhirat. PAS perlu mengatur strategi dari sekarang. PAS perlu bersatu dan jangan goyah. Teruskan berjuang.

Tanpa Nama berkata...

Aslm YB, saya sangat terharu dengan pengalaman YM menjalani kehidupan sebagai orang yang diberi amanah untuk menegakkan agama ALLAH swt. Pahit getir menjadi lumrah. Ternyata kesediahan saya terlebih-lebih lagi kepada orang Islam yang buta ilmu sehingga tidak mampe membezakan yang haq dan batil.... Bersabar adalah tuntutan keimanan. sebagai orang Islam takdir adalah penentunya.... '...dan ada diantara kamu yang tidak diberikan kejayaan hanya kerana menjaga iman...'. Yang menang belum tentu ada keredhaan Allah kerana ternyata perjuangan mereka adalah untuk meruntuhkan agama dan menghalangi usaha dakwah.... Yang kalah boleh menerima fitrah pertandingan tetapi yang lebih penting kerana usaha ini PASTI mendapat keredaan Allah kerana ingin menegakkan agama Islam di bumi Allah. Kita boleh bersedih tetapi bukannya menghancurkan semangat juang kita. Sesungguhnya terlalu ramai orang Islam yang tiada ilmu agama dan sesat dalam memahami kebenaran hukum ALLAH SWT.

Suhadee berkata...

Salam. YB
Apakah kita silap percaturan dalam meletakkan calon,
Saya sebagai pegundi di DUN Selinsing, Parlimen Bagan Serai
merasakan YB lebih layak berada di Parlimen Bagan Serai
berbanding calon dari PKR
rata-rata yang saya dengar dari kawan-kawan iginkan calon PAS berada
di Parlimen Bagan Serai
Apa pun kita tetap menang undi popular

Tanpa Nama berkata...

Hentikanlah pandangan stereotype...

Macam artis pulak...

Bila minta komen sesuatu isu jawapan stereotype diberikan "no komen"...

Begitu jugak pandangan stereotype kepada pengundi Melayu yang beri undi kepada BN...

Tak undi PAS sebab tak mahu agama lah...

Pengundi saluran satu nak berkaraoke sampai mati lah...

Pengundi muda suka maksiat lah...

Orang Melayu luar bandar bodoh lah...

Come on la...

Depa nak undi siapapun itu hak depa,,,

Muhasabah diri cara mana silapnya sampai depa tak mau sokong...

Bukannya cerca caci maki depa sebab tak mau sokong...

Kalau hangpa kata Melayu bodoh sebab tak undi PR...

Ingatlah dalam PAS, PKR malah DAP sekalipun ada orang Melayu...

Jadi janganlah suka-suka mengata Melayu bodoh...

Nanti hangpa diperbodohkan Melayu...

Ada faham ka adeek manees?

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..ini adalah kali ke 6 kami suami isteri mengundi bg parlimen KK dan dun Manong..belum pernah lagi kami memilih selain dari PAS..dan akan kami pastikn ketiga2 anak kami nanti jg memilih Pas..ramai rakan jiran cina dan india saya terkejut kerana org melayu tidak memilih ustaz..mereka pulang dari KL Johor Singapura semata2 mahu memangkah Pas..walaubagaimana pun ini lah majoriti paling kecil yg BN terima baik KK atau Manong walaupun sebelum ini Dr.Khairudin dan Dato Seri Nizar yg mewakili PAS..Maha Suci Engkau Ya ALLAH Yang Mengetahui Apa Yang Kami Tidak Tahu....

Tanpa Nama berkata...

Terharu dengan cerita YB, pada malam sebelum PRU suasana di Kuala Kangsar sgt meriah,hati sy sangat bersemangat. pada hari sabtu pukul 8 pg sy telah keluar seorang diri utk berkempen. memandangkan sy adalah ahli umno jd rumah tumpuan sy adalah rumah yg mempunyai lambang atau bendera dacing. memang mereka sgt terkejut dengan ape yg sy bawa dan semestinya muka dan telinga perlulah ditebalkan untuk mendengar dan melihat cara mereka melayan sy. sy sgt sedih setelah bekerja seorang diri tanpa teman, tanpa mengharapkan upah akhirnya keputusan yg keluar telah di.....kan sabarlah YB yg penting kita masih boleh bekerja untuk semua orang

Pejuang Agama berkata...

Orang Islam yang sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah, akan sentiasa melihat dari sudut yang baik. Drs dan jentera pas telah berjaya meningkatkan sokongan dan undi masyarakat Kuala kangsar kepada PAS, saya yakin dan percaya Pas akan menerajui Kuala Kangsar pada PRU ke14.