27 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Kota Bharu: “Nasib baik jiran datang mengetuk pintu rumah beritahu ada kebakaran, jika tidak mungkin saya dan suami serta dua anak yang sedang tidur terperangkap,” kata Che Zurianahartini Awang, 32, yang kerugian RM200,000 selepas rumahnya di Jalan Pengkalan Chepa, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam.
Kebakaran kira-kira jam 1.50 pagi itu bermula di rumah jiran Che Zurianahartini, Zamuniwati Ab Hadi, 39, sebelum merebak ke rumahnya.
Che Zurianahartini yang mengandung enam bulan berkata, kelengkapan dan pakaian bayi yang baru dibelinya turut musnah dalam kebakaran itu.
“Sebaik keluar dari rumah, api marak dengan pantas. Kami hanya mampu menyelamatkan kereta Perodua Alza.
KEADAAN sebuah daripada dua rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Pengkalan Chepa.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana keluarga saya selamat,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Kota Bharu Medical Centre (KBMC).
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan