ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat untuk menziarah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini berada di Hospital Besar Pulau Pinang.

Bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baginda dijadual tiba pada jam 3 petang ini.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan Azizan yang kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) stabil setakat 12.15 tengah hari tadi.

“Beliau sedang berehat dan masih menerima rawatan. Doakan beliau cepat sembuh,” katanya.

Menurutnya, Azizan koma setelah diberi antibiotik akibat jangkitan kuman melalui kakinya yang luka dan tidak dirawat tempoh yang lama.


sinar/-