08 Mei 2013

Ustaz Azizan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang

27 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.


Sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily pada jam 10.44 pagi ini.

Ustaz Azizan yang dimasukkan ke hospital itu petang semalam mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan beliau bertambah baik.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

K.A. berkata...

InsyaAllah...semoga dikurniakan kesihatan berterusan untuk memimpin ummah.