01 Mei 2013

Rafizi: Umno cukup berdebar sekarang

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Rafizi Ramli

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno semakin gementar melihat 'mood' rakyat apabila menghampiri tarikh keramat 5 Mei ini.
Menurutnya, pelbagai cara yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat apabila menghampiri detik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau juga berkata, sebelum ini Umno-BN telah menggunakan isu penggunaan lambang parti DAP namun gagal apabila PR menunjukkan kesepakatan dalam menyelesaikan perkara tersebut.
"... kita dapat belajar daripada dua, tiga bulan lepas, Umno-BN ini di saat-saat ia nak jatuh, ia akan cuba takutkan rakyat.
"...isu DAP itu tak boleh guna lambang, tapi kita sepakat, DAP akan pakai lambang 'mata' (PKR) di Sabah dan Sarawak, di Semenanjung guna lambang 'bulan' (Pas), lepas keputusan itu dibuat terus BN luluskan untuk DAP guna lambang sendiri," katanya pada Ceramah Perdana PR Pandan di sini, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Bagaimanapun SPR telah memutuskan ahli DAP boleh bertanding menggunakan lambang parti sendiri kerana siasatan yang dilakukan RoS tidak memberi kesan kepada penggunaan lambang tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga calon kerusi Parlimen Pandan turut menjelaskan isu dakwat kekal serta kaedah untuk mengelakkan undi rosak dengan membekalkan 'sarung jari getah' kepada pengundi.
Selain itu, Rafizi juga menekankan isu manifesto PR Selangor khususnya akan terus membekalkan air percuma 20 meter padu kepada penduduk jika perikatan itu terus memerintah.
Rafizi juga menerangkan isu-isu manifesto yang berkaitan 'percuma' seperti pendidikan, penghapusan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya yang ditetapkan dalam manifesto PR.
Sinar/-

Tiada ulasan: