24 Julai 2013

Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Che Long menyantuni pengundi warga emas di SK Kampung Baharu.

BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ.

Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi.

Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini. Cuaca pagi ini cerah.

(Lanjut menyusul)

Che Zabiah (tengah) bermesra dengan pengundi wanita di SK Kampung Baharu

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: