24 Julai 2013

Pusat Pengundian Pulau Perhentian Tutup Pukul 3 Petang


15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA BESUT: Pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Pulau Perhentian di sini ditutup pada 3 petang Rabu.
Penduduk pulau perangian terkenal itu mengundi di Sekolah Kebangsaan PulauPerhentian yang dibuka pada pukul 8 pagi.

Pusat pengundian itu ditutup dua jam lebih awal berbanding tujuh lagi pusatpengudian lain di sekitar Kuala Besut.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calonBarisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@AzlanYusof.
PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. RahmanMokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan selepas 10 malam Rabu bagimemberi peluang kepada pemimpin dan penyokong parti bertanding menunaikan solatTarawih. - BERNAMA

Tiada ulasan: