24 Julai 2013

Polis Itali rampas produk tiruan bernilai RM57 juta

15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

ROM 24 Julai - Polis Itali semalam menyiasat empat ahli perniagaan China selepas sejumlah barangan tiruan termasuk pakaian, mainan dan alatan dapur yang bernilai AS$18 juta (RM57 juta) dirampas dalam dua serbuan di sini dan Padua.

Menurut sumber polis, seorang ahli perniagaan China yang hanya dikenali sebagai Y. B. disiasat ekoran serbuan di Rom manakala tiga lagi rakyat negara itu disiasat di Padua.

Menurut agensi anti barangan palsu, kira-kira 60 peratus produk tiruan dijual di Itali merupakan barangan pakaian dan hiasan.

Rampasan terbaharu itu merupakan yang terbesar dilakukan pada tahun ini. - AFP



Tiada ulasan: